Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Mentei Iraq, Haider al-Abadi mengumumkan kejatuhan "negara palsu" Daesh berikutan kejayaan tentera kerajaan membebaskan semula Masjib Besar al-Nuri yang terletak di tengah-tengah bandar Mosul.
"Kepulangan Masjid al-Nuri dan menara al-Hadba ke pangkuan negara menandakan pengakhiran kepada negara palsu Daesh," kata Haider al-Abadi pada hari Khamis.
Tentera Iraq walau bagaimanapun berkata bahawa mereka akan terus memburu elemen-elemen Daesh sebelum "membunuh mereka atau menahan mereka hingga anggota yang terakhir."
Tentera Iraq berjaya membebaskan masjid yang tersohor itu pada hari Khamis sebelum media kebangsaan mengumumkan pembebasan Mosul yang berada di dalam cengkaman pengganas Takfiri Daesh sejak tahun 2014.
"Negara kahyalan telah tumbang," kata jurucakap tentera, Brigadier Jeneral Yahya Rasool kepada media nasional.
Media Iraq turut mengatakan operasi pembersihan bandar itu daripada elemen-elemen kumpulan pengganas Takfiri Daesh masih diteruskan setelah Masjid al-Nuri yang digunakan oleh kumpulan itu sebagai pusat arahan mereka dibebaskan oleh tentera Iraq.
Daesh pada 21 Jun lepas mengejutkan dunia apabila mereka meletupkan Masjid Besar al-Nuri dan menara al-Hadba. -ABNA24
/315
29 Jun 2017 - 23:09
News ID: 839555
Perdana Mentei Iraq, Haider al-Abadi mengumumkan kejatuhan "negara palsu" Daesh berikutan kejayaan tentera kerajaan membebaskan semula Masjib Besar al-Nuri yang terletak di tengah-tengah bandar Mosul.